Keterangan

Blog ini merupakan pandangan-pandangan saya, tentang keluarga saya, Saran-saran teman-teman dan tentang apa yang dicita-citkan orang tua saya

Jumat, 01 Februari 2013

RIBA


Kata “riba” bererti bertambah, subur atau
lebih. Di antara pengertian atau
definasinya menurut hukum syarak ialah :
1. Akad bagi membuat pertukaran barang
yang tertentu tidak diketahui persamaannya mengikut kiraan syarak
ketika akad atau diketahui persamaannya
tetapi dengan menangguhkan kedua-dua
tukaran itu atau salah satunya.
2. Pertambahan pada pertukaran emas
dan perak juga pada jenis-jenis benda makanan.
HUKUM PERBUATAN RIBA
Perbuatan riba hukumnya haram dan
berdosa besar. Di antara ayat-ayat Al-
Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan
haram dan kotornya perbuatan riba ini adalah seperti berikut :
Ertinya :
Dan Allah menghalalkan jualbeli dan
mengharamkan riba.
Ertinya :
Wahai orang-orang yang beriman ! Takutlah kepadaAllah dan tinggalkan sisa-
sisa riba itu, jika kamu orang beriman
Daripada Ibni Masud.
Ertinya :
Bahawa Nabi s.a.w. melaknanti pemakan
riba, pemberinya, saksinya dan juru tulisnya. Daripada Jabir r.a.
Ertinya :
Melaknati Rasulullah s.a.w. memakan riba,
pemberinya, juru tulisnya, saksinya dan ia
berkata : “Mereka itu sama sahaja.”
- HIKMAT PENGHARAMAN RIBA Islam mengharamkan riba kerana
akibatnya terlalu buruk terhadap anggota
masyarakat. Riba merupakan penindasan
dan pemerasan setengah orang-orang
kaya terhadap orang-orang miskin.
Setengah-setengah orang menganggap riba sama saja dengan jualbeli kerana
kedua-duanya sama-sama
mendatangkan keuntungan. Anggapan ini
jauh terpesong dari hakikat yang
sebenarnya. Anggapan ini jauh terpesong
dari hakikat yang sebenarnya. Kedua- dauanya jauh berbeza. Jualbeli
diharuskan kerana mendatangkan faedah
yang besar kepada masyarakat.
Walaupun ia mendatangkan keuntungan
yang berlipat-ganda, namun ia juga
terdedah kepada kerugian, kadang- kadang mendatangkan keuntungan dan
kadang-kadang mendatangkan kerugian.
Hal ini berlainan sekali dengan riba kerana
ianya sekali-sekali tidak terdedah kepada
kerugian, malah sentiasa mendatangkan
keuntungan. Dalam masyarakat kita bukan sedikit
orang-orang yang berhutang kepada ceti-
ceti, bergadai kepada pajak-pajak gadai
secara riba telah kehilangan kebun getah,
tanah padi dan sebagainya kerana tidak
sanggup membayar hutang, membayar bunga, membayar faedah (interest) yang
dikenakan berlipat-ganda ke atas mereka.
Sebaliknya pihak pemakan riba
bertambah kaya-raya dan senang-linang.
Pendeknya perbuatan riba merupakan
suatu penindasan dan cengkaman yang amat buruk terhadap anggota
masyarakat. Di akhirat kelak mereka akan
mendapat hukuman daripada Allah.
Firman Tuhan :
Ertinya :
Orang-orang yang memakan riba, tidak berdiri, melainkan seperti berdirinya orang
yang dirasuk syaitan, yang demikian
kerana mereka berkata : jualbeli itu seperti
riba, dan Allah menghalalkan jualbeli dan
mengharamkan riba.
Dari huraian di atas, dapat ditarik beberapa kesimpulan seperti berikut :
1. Riba merupakan pemerasan dan
penindasan yang terkutuk.
2. Riba menghilangkan rasa tolong
menolong di antara satu sama lain.
3. Riba menambahkan kemelaratan dan kesusahan ke atas orang-orang susah dan
miskin.
4. Riba menanamkan semangat tamak
haluba kepada orang-orang yang berada
dan kaum-kaum pemodal, sebaliknya
menimbulkan semangat kebencian dan hasad dengki di dalam hati orang-orang
miskin.
5. Orang-orang yang menjalankan
perbuatan riba, di akhirat kelak akan
menerima hukuman berat daripada Allah.
Kerana keburukan-keburukan itulah, Islam mengharamkan perbuatan riba dan
mengutuk keras ka atas orang-orang yang
terlibat dalam urusan riba.
- BENDA-BENDA RIBA
Benda-benda yang terdapat padanya riba
adalah sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ubadah bin
Al-Samit daripada Nabi s.a.w. berkata ia :
Ertinya :
Emas dengan emas, perak dengan perak,
gandum dengan gandum, syair dengan
syair, tamar dengan tamar, garam dengan garam, sama-sama banyak dengan tunai,
maka jika berlainan jenis-jenis ini, maka
juallah kamu sebagaimana yang kamu
kehendaki jika dengan tunai.
- ILAT PENGHARAMAN
Dari sabda Rasulullah s.a.w. yang tersebut pada 5.3 itu, secara garis kasarnya,
benda-benda riba tercantum dalam dua
perkara, iaitu :
1. BENDA-BENDA MAKANAN
2. EMAS DAN PERAK
Jadi benda-benda riba itu bukanlah hanya terkhas kepada enam perkara benda-
benda yang tersebut pada 5.3 itu sahaja.
Benda-benda yang tersebut itu hanyalah
sebagai dasar illat pengharaman sahaja.
Syafii menetapkan illat pengharaman
benda-benda makanan ialah ‘makanan’ ; illat pengharaman emas dan perak ialah
kerana kedua-duanya itu merupakan “nilai
bagi sesuatu”. Tetapi Hanafi menetapkan
illat pengharamannya ialah “sukatan dan
timbangan”.
- JENIS-JENIS RIBA Riba terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :
1. RIBA AN-NASIAH: Riba yang dibayar
lebih kerana bertangguh pembayarannya.
Riba jenis inilah yang banyak terjadi di
kalangan masyarakat kita.
2. RIBA-FADZL: Iaitu riba yang dibayar lebih pada satu pihak penukaran seperti
ditukar segantang beras malinja dengan
dua gantang beras yang lain.
3. RIBA-YAD: Iaitu riba yang dibayar lebih
kerana tidak berterimaan di dalam majlis
akad. - SYARAT-SYARAT PENJUALAN
BARANG-BARANG RIBA
Tidak harus menjual barang-barang jenis
riba sesama jenisnya dan yang bukan
sesama jenisnya kecuali dengan syarat-
syarat seperti berikut : 1. SESAMA JENISNYA:
Jika dijual barang-barang makanan
dengan makanan sesama jenisnya seperti
gandum dengan gandum, beras dengan
beras, dan juga jika dijual emas dengan
emas, perak dengan perak, disyaratkan tiga perkara, iaitu :
(a) Hendaklah bersamaan kedua-duanya
pada sukatan / timbangan
(b) Hendaklah dengan tunai
(c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis
akad. 2. TIDAK SESAMA JENIS:
Jika dijual benda-benda tidak sesama
jenisnya seperti gandum dengan beras,
gandum dengan syair, emas dengan
perak, disyaratkan dua perkara, iaitu :
(a) Hendaklah dengan tunai (b) Hendaklah berterimaan di dalam majlis
akad
Ertinya jika dijual barang-barang bukan
sesama jenisnya, boleh berlebih kurang di
antara satu sama lain.
- BENDA-BENDA YANG BERLAINAN BANGSA
Bagi benda-benda yang berlainan bangsa
dan jenisnya seperti padi dengan wang,
beras dengan kain atau sebagainya, tidak
dikenakan apa-apa syarat padanya.
Sekianlah sahaja beberapa perkara mengenai riba. Termasuk juga dalam
golongan riba jika diberi hutang dan
disyaratkan membayar lebih kepada tuan
hutang. Oleh kerana perbuatan riba ini
amat merbahaya dan terkutuk, wajiblah
setiap orang berhati-hati dalam menjalankan segala jenis urusan
muamalat.
Oleh Ustd Tatang

Tidak ada komentar:

Posting Komentar